" kembara ilmu "

"...bukan mudah melakar pelangi di langit yang tertinggi..tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi..bukan mudah memiliki mutiara kasih tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yg paling dalam..."

.: Salam Pembuka Dari KEMBARAILMU :.

a FRIENDS is...


Assalamualaikum buat sahabat2 Kembara.. bersua lagi kita setelah sekian lama Kembara menyepikan diri dari melakarkan cetusan..baiklah..kali ini Kembara ingin berkongsi ngan sahabat2 sekalian tentang “ SIFAT MUKMIN DAHULUKAN SAHABAT DARIPADA DIRINYA “. Kisah kali ini Kembara ingin kongsikan bersama sahabat2..yang mana Kembara telah membacanya dalam HARAKAH hasil daripada Tok Guru kita..Jadi..jom kita sama2 merenungkan apa yang telah disampaikan oleh Tok Guru kali ini..

Islam amat menggalakkan agar hidup sentiasa bersahabat. Apabila berkawan ada tanggungjawab terhadap harta benda, iaitu harta benda kita terhadap sahabat dan begitu jua sebaliknya. Taraf persahabatan itu mempunyai 3 keadaan ..yang paling rendah ialah kawan kita umpama budak suruhan di bawah jagaan kita, apabila tidak selesai urusan kita baru diserahkan kpd mereka. Kedua, sahabat itu setaraf dgn kita, iaitu kita rela harta dikongsi bersama, sebaliknya dia pun demikian juga. Ketiga, peringkat paling tinggi iaitu “ iitsar “ mengutamakan orang lain, sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT yg bermaksud: “…Dan ,mereka mengutamakan ( org2 muhajirin ) atas diri mereka sendiri sekalipun diri mereka dalam kesusahan. Dan siapa yg dipelihara drpd kebakhilan dirinya, mereka itulah org2 yg beruntung. “ ( Surah Al-Hasyar sebah. ayat 9 )

Itulah sifat mulia yg ditunjukkan oleh kaum Ansar, terhadap saudaranya kaum Muhajirin yg berhijrah ke Madinah bersama Nabi Muhammad s.a.w . Sebelum menyempurnakan hajat diri sendiri, mereka lebih dahulu bertanya khabar kawannya kaun Muhajirin. Dikhuatiri ada perkara yg lebih mustahak berbanding dirinya sendiri. Seandainya dalam 3 kategori itu tiada satu pun dirinya termasuk di dalamnya, tidak pada peringkat kawan umpama org suruhan…Tidak juga peringkat yg kedua di mana sama taraf antara dirinya dan kawannya, jauh sekali di peringkat yg ketiga yg lebih mengutamakan sahabatnya daripada dirinya sendiri. Ketahuilah, bahawa kesimpulan persahabatan itu tidak wujud langsung pada diri dan jiwanya. Ertinya seseorang itu berkawan bertaraf kebetulan, disebabkan mereka berjiran dan berjumpa tanpa dijangka tanpa suatu ikatan setia yg terjalin antara mereka.

Berkawan tanpa ikatan pasti tiada rasa “ ukhuwah “ dan “ shuhbah “, sekadar tegur sapa seperti berjumpa di jalanan atau di pasar2. Dalam situasi demikian sudah pasti tiada tanggungjawab dan keprihatinan, antara sesama mereka. Sebagaimana seorang lelaki dan wanita dijalin dgn ikatan akad nikah sebagai suami isteri, yg membawa kpd pelbagai tanggungjawab. Justeru itu, sesama manusia mesti ada jalinan ikatan tertentu, seperti ikatan persahabatan dan ukhuwah supaya ada rasa tanggungjawab terhadap rakan karibnya. Orang yg tiada ikatan ukhuwah (‘aqdul ukhuwah) antara mereka, sesamanya akan mudah terjerumus ke lembah persengketaan dan perbalahan. Seorg alim bernama Maimun bin Mahran berkata: “ sesiapa berkawan tetapi tidak ambil peduli tentang melebih dan beri tumpuan kpd kawannya, situasi begitu umpama berkawan dgn jenazah. “ Sudah tahu rakannya dilanda kesusahan, sedangkan dia mampu menolongnya. Namun tetap tidak membantunya malah mengutamakan diri sendiri.

Ketika itu tiada bezanya antara berkawan dgn org hidup atau mayat. Sebagaimana firman Allah SWT yg bermaksud: …sedang urusan sesame mrk ( diputuskan ) dgn mesyuarat antara mrk; dan mrk menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpd mrk.” (Surah Asy-Syura sebahagian ayat 38). Sifat kedua ialah sanggup membelanjakan harta kekayaan, untuk urusan ummah dan agama. Sesetengah manusia rajin bermesyuarat, malangnya kedekut menafkahkan harta benda , sesuai perkara yang dicapai bersama oleh keputusan mesyuarat.
“ Menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kpd mereka .” Ialah bergaul dan berkepentingan bersama, antara mereka daripada setengahnya.

Meskipun pada hakikatnya ia milik orang tertentu, namun ia boleh dimanfaatkan bersama dlm urusan yang diredhai Allah SWT. Situasi tersebut terjadi krn ada ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka. Alangkah sukarnye untk sampai ke tahap situasi demikian. Mmg begitulah hakikat bhw syurga itu suatu yg amat istimewa, amat sukar untk dicapainya. Tiada pilihan bg sesorg di Mahsyar kelak, melainkan mesti meniti titian halus ‘ Sirotol Mustaqim’, di permukaan neraka yang dahsyat itu.

Jika dalam keadaan menerima rahmat Allah SWT, atas keimanan dan ketaatan, selamatlah dia sampai ke syurga. Sebagaimana ditegaskan olh firman Allah SWT yg bermaksud : “ Dan tidak ada sorgpun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan”
“ kemudian kami akn menyelamatkan org2 yang bertqwa dan membiarkan org2 zalim dlm neraka dlam keadaan yang berlutut ” ( surah Maryam ayt: 71-72 ) Begitulah sukarnay untk ke syurga yg dijanjikan Tuhan, sebagaimana hndk mendapatkan pahala di dunia ini msti melalui ksukaran juga…. Org zalim dan kafir hanya bermimpi untuk masuk syurga, krn tmptnya di neraka tlh ditentukan olh Allah SWT, seperti dinyatakan dlm ayt 72 surah Maryam itu..
Sebelum Kembara mengundur diri..marilah sama2 kita mengambil pengajaran dengan apa yg telah disampaikan oleh Tok Guru..Kembara tertarik dgn artikel yg disampaikan oleh beliau dan ingin berkongsi dgn sahabat2 sekalian..almaklumlah..mauidzah Tok Guru ni hanya terdapat dlm akhbar Harakah sahaja..jd Kembara dpt mengagak bahawa xsemua yg mmbacanya..jadi..jom sama2 kita renung2kan apa yg beliau sampaikan...selamat membaca...


Salam syawal buat sume sahabat KEMBARA...Kemaafan dipohon cz udah terlalu lama KEMBARA x update blog ni..mmg lama sgt2 la..pe pun lum terlambat KEMBARA nak amik kesempatan yg masih ada ni tuk wish kt sume sahabat2..SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir batin..:-)..Insyaallah pas ni KEMBARA akan cuba cari mase free tuk update kembali teratak ni..buat masa ni masa tak mengizinkan KEMBARA tuk kembali berkarya..coznye...nanti KEMBARA akan lalui exam yg paling menakutkan...hehehe..saje je...doakan KEMBARA ye sahabat2...19/10 tarikh yg menakutkan..Exam STAM menanti...huhuhu...oklah..rasenye cukupla stkt ni dahulu..kita jumpe lagi...wassalam...


wanita idaman lelaki..

adalah yang mempunyai budi pekerti

hidupnya hanyalah untuk Ilahi..

kata bicaranya dari hati nurani

ikhlas benar dan suci..

yang boleh mendamaikan hati..

sewaktu ujian dan dugaan silih berganti

namun dia masih mampu berdiri..

Wanita idaman lelaki, wanita harapan lelaki..

adalah hidupnya yang sederhana..

nilai maruahnya tiada tandingan..

namun dia punya keimanan..

zikirnya bagai nyanyian..

bagi menghadapi sebarang cabaran dan cubaan..

doanya adalah hiburan..

berbekalkan tingginya ketakwaan..

bicaranya lambang keikhlasan..

pengharapan dan kepasrahan pada tuhan..

senyumnya pengubat kedukaan..

dan air matanya tanda sebuah kecintaan..

Wanita harapan lelaki..

padanya sifat kewanitaan..

bersama sifat ketibaan..

yang menyejukkan tatkala kehangatan..

sentiasa tunduk ketaatan..

sujud dan rukuk walau kesejukan..

pada kegelapan malam yang kedinginan..

...WANITA IDAMAN LELAKI...

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat...Si anak mula merayu pd ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

- Sekadar renungan kita sahaja...-


..sweet memory with u sis..


dalam ingatan


bersama akak2 IPA

" aku mencintai SAHABATKU dgn segenap jiwaku, SAHABAT yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, kuhulurkan tangan kepada SAHABATKU untuk berkenalan kerana aku merasa senang, semakin ramai SAHABAT semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat SAHABAT sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka duka..jika aku dapat,, aku ingin setia padanya ..." ( Imam Syafie' )




" Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya."
Cuba kita perhatikan pada setiap baris kata yg terdapat dlm ayat di atas..adakah kita memahami apa yg terdapat di dlm kata2 tu..??? Ianya adalah tentang wanita..bukan tuk sorang wanita tapi tuk sume wanita..Renungkanlah bg yg bergelar wanita..betapa mulianya wanita jika ia menjadikan dirinya seperti "MAWAR BERDURI"..segala2nya dijaga dan terjaga..


bersua kembali...Ari ni rase cam nk tulis something je kat ni..tapi xde pape pun cume hepy ckit je..huhuhu..Alhamdulillah...syukur sgt2 cz sume dah settle..xde la tension sgt skang...sume keje dah settle cume skang exam je tak settle agi..ade 1 paper agi..huhuh..lam ati ni dah jerit2 "cepatla abihhh.."..xsabar nak balik la katekan..huhuhu..tapi walaupun exam abih..tetap xleh balik jumpe kuarge..sedihhh..perlu tumpu untuk oral STAM lak khamis ni..sabar je laaa..."Ya Allah..berilah hambaMu ini keyakinan tuk hadapi semua ni.."Ummm...sume kerja kursus STAM dah dihantar...arap2 xdireject oleh pemeriksa nanti...almaklumla..baru ni banyak sangat ujiannya...hampir sume sahabat2 yang amik STAM kena baiki semula kerja masing2..ntah ape silapnye..nak tak nak terpaksa la buat semula..tak kire muslimin atau muslimat..tapikan..ade kebaikannye gak sume tu..huhuhu..xkisahla..yang penting sume kerja dah SETTLE..Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah..skang fokus tuk STAM lak..doakan kite ek sahabat2..jumpa lagi..ma'assalamah...:-)

jom hayati lirik ni

..ma'assalamah wa ilalliqa'..